Saturday, December 24, 2011

Surat Untuk Kamu

Dear Kamu,

Assalamualaikum,

Cinta dan sayang bukan bermakna akan mengekalkan pasangan itu untuk selama-lamanya. Jodoh kita belum diketahui. Sedangkan yang dah nikah pun boleh bercerai. kita sama belajar untuk setia dan bahagia. Tapi, sekarang kita perlu menerima keadaan sebenar yang tidak ingin melihat kita bersama. Kamu, bukan niat untuk meninggalkan kenangan kita sebelum ini. Segalanya berlaku atas keterpaksaan. Bukan kerana kamu, tetapi kerana sifatmu. Bukan tak suka, bukan tak sudi tetapi sifatmu agak tidak sesuai dengan kedudukan kamu yang hanya sebagai seorang kekasih. Lagipun, mama agak tidak menyukai jika anaknya ini berkasih sayang dengan seseorang yang bukan muhrim. 

Kamu, tujuan sebenar kita perlu berpisah bukanlah hanya semata-mata kehendak mama. Tidak perlu diperkatakan segala sebab musabab kita perlu berpisah di sini. Yang penting, kita perlu saling muhasabah diri dan menilai kesilapan yang mungkin telah kita lakukan. Bukankah kita beragama Islam yang tidak menggalakkan pergaulan yang terlalu bebas? Mungkin kita merasakan cara kita bukanlah bebas seperti pasangan yang lain, tetapi bukankah keluar bersama walaupun hanya makan bersama turut mengundang persepsi yang kurang enak didengari daripada masyarakat? 

Kamu, eloklah kita menunggu dan menanti saat yang sempurna untuk bersama kembali. Mungkin nanti sebagai suami isteri yang sah, yang direstui keluarga. Dan yang paling penting, direstui Allah. 

Kamu, sehingga kini kita masih belum mengetahui jodoh kita, adakah bersama ataupun tidak. Apa pun jawapannya, terimalah seadanya. Redha dengan ketentuan-Nya. Segala yang telah ditentukan adalah yang terbaik buat kita.

Kamu, hiduplah dengan bahagia :)

No comments: