Friday, December 9, 2011

busy memanjang

Assalamualaikum :)

Dah lama tak update blog. Seriously busy sampai tak hengat dunia bila dah masuk sem baru ni. Hidup sebagai student, walaupun nampak macam simple tapi sebenarnya penuh dengan dugaan. Kalau la jadi student ni just duduk menghadap buku, memang la bahagia. Tapi disebabkan tanggungjawab sebagai anak dan juga remaja perlu dipikul sekali, terasa macam 24 jam tak cukup untuk sehari. Sibuk macam mana pun, arin tak la rasa beban. Malah bahagia sangat dapat peluang menjadi student yang mempunyai tanggungjawab bukan sekadar belajar semata. 

Arin sekarang pegang jawatan sebagai setiausaha Kelab Bahasa (Language Society) kat UiTM ni. Banyak la jugak kerja sebab arin perlu buat surat itu ini untuk setiap aktiviti yang dibuat. Tambahan lagi arin merupakan AJK Blok Kolej Seri Gading 2 sebagai AJK Aduan. Haha. Lucu la nama jawatan ni. Aduan la pulak. 

Paling yang tak boleh blah tu, pernah sekali adik-adik bagi aduan tentang masalah cinta dorang. Maybe dorang fikir muka arin ni macam doctor pakar cinta kot. Bercinta pun tak pernah, nak bagi nasihat dengan orang pulak. Hm, tapi arin banyak buat pemerhatian *macam eksperimen pulak*. Arin banyak perhatikan budak-budak zaman sekarang bila bercinta. Memang la boleh tahan. Semua nak jadi macam belangkas, berkepit 24/7. Tak kisah la, hidup dorang. Tapi yang tak boleh terima tu, bila dah clash, hmpphhhhh. Toksah cakap la. Memang la melampau, sampai satu dunia boleh tahu. Selalunya ni berlaku kat couple yang asyik berkepit tu la. Hmppphhhh ==”

Arin pandai melelat pulak kat kes cintan cintun ni. Salah topic. Lepas ni, arin nak buat entry lain. Nak sambung challenge yg dah lama ditinggalkan. Yela, arin jarang online sekarang. Online pun nak hantar assignment. Cari maklumat. Facebook pun dah tak bukak, apatah lagi blog. Hmppphhh, baru arin teringat. Ada satu course baru yang arin ambil sem ni, CSC134 : Computer And Information Processing. Nampak boring tapi senang pulak nak buat. Yela, kerja senang semua arin cakap boring bosan dan sewaktu dengan nya. Hmppphh, sebenarnya arin ada assignment bagi course ni. Individual assignment, iaitu create my own blog. Mula-mula dulu arin dah tanya, boleh tak guna blog ni. Tapi lecturer tu cakap tak boleh. Kena buat baru L sedih nyewwww *ewww*

Macam mana pun, arin tak kisah la. Arin tetap nak buat, nak belajar dan nak terus berusaha. Hmphhhh, arin nak dapat 4.00 untuk GPA sem 4 ni. Chaiyok! Hwaiting :)

p/s : dah nak masuk minggu ke-4 kuliah. Bermakna ada 10 minggu lagi sebelum final exam. Cepatnya masa berlalu ==”


No comments: