Wednesday, November 9, 2011

sebab arin maintain badan. sunnah tu :)

assalamualaikum :)

hm, bukan maintain badan aii yang sunnah tapi tips yang nak dikongsi ni. hehe. peace yawww :)
tapi wajib kan untuk kita sebagai manusia untuk menjaga kesihatan badan? so, apalagi! amalkan lah kawan kawan yewww *ewww :p*
*good good good :)*

Ini merupakan cara pemakanan Rasulullah. dikatakan jugak, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya sehari-hari. jum kita contohi diet Rasulullah, InsyAllah terjaga kesihatan kita semua :)

ramai yang tanya bagaimana arin menjaga kesihatan dan maintain badan arin. jawapannya, senang je. takde nye guna pil kurus watsoeva tu sayang oi. arin tak suka ubat ubatan dan yang sewaktu dengannya. nie salah satu amalan Rasulullah dulu. dan mama arin memang dah latih kami seadik beradik mengamalkan ni.

jangan makan SUSU + DAGING
jangan makan DAGING + IKAN
jangan makan IKAN + SUSU
jangan makan AYAM + SUSU
jangan makan IKAN + TELUR
jangan makan IKAN + DAUN SALAD
jangan makan SUSU + CUKA
jangan makan BUAH + SUSU
jangan makan buah SELEPAS makan nasi *makan buah dulu*
TIDUR 1 jam selepas makan tengahari
jangan tinggalkan makan malam *sesiapa yg tinggalkan, akan dimakan usia dan kolestrol berganda*

...

memang ramai yang dah tau yg seafood tak boleh bercampur dengan makanan darat waktu makan. sebab? kandungan ion yang tak sama dalam seafood dan makanan darat menyebabkan kerosakan usus secara tidak langsung. susu pulak, jangan dimakan dengan ikan atau ayam atau daging. sebab? boleh mengundang penyakit.

satu lagi, dari sekolah menengah arin akan bangun awal dan mandi even kesejukan pada pukul 5 pagi. mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik dapat mengurangkan lemak yg terkumpul. best kan? *patut la arin kurus sangat :p*


lepas bangun tu, jangan nak pi minum air ais, teh atau milo bagai tuh. minum air kosong dulu. baru susah nak kena penyakit. lepas tu, bila makan tu, baik kalau guna bare hand. sedap sikit nak makan tu. dapat menjilat jari sekali. jilat jari ni bagus, sebab jari mempunyai enzyme yang lebih banyak daripada yg terdapat dalam air liur kita sendiri *tangan kanan ye*

mengunyah pulak, Rasulullah kunyah sampai 40 kali. aii pun kunyah lama tau, tapi rasanya tak la sampai 40 kali. kalau minum pulak, jangan di hembus nafas kat dalam air tu. ni nak mengelakkan penyakit. sebab? yela, yg kita hembus tu carbon dioxide. kita tak perlukan pun :)

p/s : yang aii mention kat entry ni, semua yg aii amalkan. banyak lagi yang Rasulullah buat untuk menjaga kesihatan diri. cuba dan amalkan lah. tak rugi, advantage lagi ada :)

selamat beramal !

No comments: