Sunday, September 30, 2012

Terima kasih

Assalamualaikum :)

Pendapat : 
Jangan nak perhebahkan aib orang lain walaupun itu merupakan suatu kebenaran. Mana tau, orang tu dah insaf dan memang dah bertaubat nasuha. Mana tau kan? Kan memang kita diharamkan untuk mengaibkan orang? So, kenapa perlu persoalkan masa lampau seseorang yg mengaibkan? Kadang-kadang masa lampau tu merupakan sesuatu yg boleh menghantui hidup nya. Apa salahnya kita beri semangat kat orang tu daripada mempersoalkan kehidupan lamanya. Kalau tak tahu nak cakap apa, diam je la. Jangan nak berbicara kalau memang nak bangkitkan sesuatu yg tak penting. Hidup sendiri perlu dijaga sebelum kacau hidup orang lain. Nak tengok aib orang lain, nak cari salah, nak fikir kesilapan orang. Tolonglah, mustahil seseorang tu tak pernah buat baik. 

Betul la kata pujangga. Yerrr pujangga :p

"People always forget when someone did right but people always remember when someone did wrong"

p/s : So, jangan buka atau cerita aib orang walaupun kita tahu. Thanks :)

Thursday, September 27, 2012

Sekian Lama

Assalamualaikum.

Hehe. Tetiba tengah malam ni rasa nak melayan jiwang jap. Erhemmm. Lagu ni memang kena la dengan aku. Eh eh eh, malam ni je k? Malam ni saja! :)

Sekian Lama - Datuk Siti Nurhaliza :)

Dialah pujaan dalam mimpi
Yang senantiasa membuai hati
Tiap kali bersua
Ku hanya mampu senyum padanya
Ku terdiam

Sekian lama ku mencuba
Takku lafazkan perasaan
Berkubur saja
Namun dia ku cinta

Apa yang harus aku lakukan
Agar dia pun mengerti
Adanya cinta menanti
Oh sekian lama
Aku mencintai dia

Sukarnya membutir kata-kata
Menilai apa yang aku rasa
Tiap kali ku cuba
Lidah kelu dari bersuara
Ku berserah 

Triple busy-ness of the week : Part 3

Assalamualaikum.

Final exam. Final exam ! Yeayyy. Cuti. Wuhuu :)

3. Language Carnival
    Wuhuu! Yang projek ni aku berjaya. Aku berjaya melatih junior-junior aku untuk menguruskan satu aktiviti yg agak besar. Sambutan yg diberikan pun agak menggalakkan. Semua aktiviti ada participant. Nampaknya lebih senang berurusan dengan junior yg bukan sama course berbanding dengan orang-orang yg sama course. Hmph, malas nak komen lebih. Yang paling penting, aku dapat berkenalan dengan kawan baru walaupun muda 2 tahun. Hehe. Aku dapat menguruskan projek ni walaupun pada masa yg sama perlu menjadi AJK untuk projek lain dan aku ada presentation ENT300 dalam waktu yg sama. Wahhh!

p/s : Pengalaman berharga buat aku :)

Tuesday, September 25, 2012

Triple busy-ness of the week : Part 2

Assalamualaikum.

Seminggu tak update menandakan ke-busy-an masih menghantui. Sekarang memang busy nak final exam. Huh. Nervous! Tapi, tak menjadi masalah besar utk menghadapi final exam. Tak sabar rasanya nak habis sem 5. Sem depan dah menjadi sem terakhir di UiTM Sarawak. InsyaAllah, kalau takda aral melintang. Berharap sangat graduate on time :)

2. Assignment ENT300
    Perlu buat business plan. Senang ke? Bagi aku agak senang la sebab pernah buat sebelum ni. Format nak buat plan memang dah tahu. Tapi, business plan untuk subject ni memang agak berlainan daripada business plan sebenar. Aku jadi General Manager, so act like a real leader la dalam group. Kerja ni agak senang sebab ahli kumpulan memberi yang terbaik walaupun ada segelintir perkara yg seriously menjatuhkan maruah aku sebagai seorang ketua. Bukan nak membangga diri tapi aku memang dah di latih untuk membuat business plan sebelum ni walaupun berkaitan dengan construction path. Aku dah buat yg terbaik untuk mengikut format sebenar business plan, namun sentaisa ada pertikaian. Yg paling menyakitkan dan mencabar aku bila ada certain manusia yg mengatakan aku buat dengan cara yg salah dan ayat aku banyak grammatical error. Okayyy, aku accept semua yg diperkatakan. Hmph, apa apa jeeeee laaaa :)

p/s : Harap business plan dapat markah yg memuaskan.

Monday, September 17, 2012

Triple busy-ness of the week : Part 1

Assalamualaikum :)

Akhirnya, bangun daripada pengsan 2 hari. Over-worked body, doktor cakap. Haish, 3 projek untuk diuruskan dalam masa 2 hari. How come? Btw, kepada semua individu-individu yang terlibat, terima kasih berjuta yg mampu diberikan buat masa ni. Okay?

1. Majlis Aspirasi Kecemerlangan 
    Nak kata satu kejayaan, agak boleh la dikatakan kejayaan. Tetapi, sebagai AJK Protokol, tambahan pula seorang ketua, aku rasa ini bukan suatu kejayaan untuk aku. Why? First masalah, tengah hari, aku baru dapat tahu yg hanya 6 orang daripada 11 orang AJK sahaja yg pergi menggunakan van ke hotel sedangkan yg berjanji nak pergi awal ada 11. Lebih teruk, bayaran yg ditetapkan dan perlu dibayar adalah mengikut 11 orang. Yang lebih menyakitkan kepala apabila yg berjanji tersebut merupakan AJK Protokol, which means someone that is under me. Hmm. Sesampainya aku kat hotel, sekali lagi terkejut yg MC belum tahu flow tentatif. How come? Aku bagi senarai updated tentatif hari rabu, 2 hari advance daripada tarikh sebenar. Masih mampu bersabar. Then, waktu yg sama AJK Hadiah call dan cakap yg senarai nama anugerah dekan tinggal di kolej. Aku dengan muka yg slamber masih mampu tersenyum. Tapi, apa-apa aral melintang petang tu aku dapat uruskan dalam masa yg ada. So, it's not a problem now. 

   Tup tup, sedang aku ditinggalkan keseorangan di ballroom, manager datang dengan muka yg susah sangat ke nak senyum terus bertanya, "Where Miss Dayang? I'm waiting for her for 3 hours. Where's her assistant?". Seriously, boleh tak senyum? Dalam hati aku, "Where is he?!!!!!!". At last, aku jugak yg kena dengar manager tu membebel. Aku jugak yg perlu decide apa yg terjadi malam nanti tanpa pengetahuan ketua projek. Rasa nak nangis pun ada sebab time tu seriously aku decide sendiri. I'm so sorry everyone. Aku call ketua projek and she's approving my decision since her REAL assistant is not there with me. Yang buat aku rasa nak meletup waktu tu apabila dapat tahu yg REAL assistant tu ada kat hotel tersebut, tetapi kedudukan sebenarnya belum diketahui. Sesampai je the assistant depan muka aku, terus aku explain apa yg perlu dia tahu. Seriously, waktu tu aku rasa macam nak lempang je muka dia sebab boleh lagi ketawa n bergurau dengan kawan sebelah menyebelah. Really doesn't take this as a serious matter. 

   Okay laa, banyak sangat masalah yg berlaku sebelum aktiviti. Waktu aktiviti pulak, bas terlewat sampai hampir sejam daripada masa sebenar. The worst thing ever happen was our VVIP, Prof Madya Wan Akil Tuanku Abdullah arrived bofore the students. Masih mampu mengawal keadaan sebab some lecturers dah datang. Yang paling mengejutkan bila some of the AJK menyalahkan protokol atas kelewatan. What? Aku bukan uruskan bas, tapi AJK Tugas Khas. Lagipun, AJK yg ikut bas semua cakap ramai pelajar yg lewat berkumpul menyebabkan bas lewat berangkat. Salah aku jugak ka student lambat? Student yg lambat bukan aku. Even aku hanya mengambil masa selama 15 minit untuk bersiap semata-mata perlu uruskan kerja yg sepatutnya bukan aku yg buat. Okay, aku masih cool. 

   At least, P.M Wan Akil was not really mad. Tapi aku masih kehairanan, sejak bila pulak masa jemputan untuk VVIP dan pelajar adalah sama? At least la kan, VVIP punya masa 15 minit lewat. Ni tak, sama dengan student. See, dah nampak kesalahan someone situ. Aku dah cakap awal-awal, tp at last aku yg kena marah. I'm NOT the one who invited VVIP! Okay, student sampai, aku terus bagi tempat duduk. Tapi yg menyebabkan aku terasa sekali lagi bila student melebihi yg sepatutnya sehingga AJK tak cukup tempat duduk. How come? Yg sepatutnya adalah 184, tapi yg datang 189. 5 orang lebih pun dah cukup untuk membuat aku kelam kabut malam tu. Okay, settle jugak la masalah walaupun AJK terpaksa makan berganti.

   Pasal tentatif pulak. Aku seriously rasa dipermainkan. Sepatutnya, apa yg ada di dalam tentatif, yg itu la flow untuk MC. Rasa diperbodohkan apabila aku panggil orang untuk naik ke pentas tapi bukan pada masanya. Dah laa 3 kali panggil, 3 kali jugak tak jadi. Sepatutnya, flow MC mengikut protokol. Bukan protokol mengikut MC. Serius rasa macam dipermainkan. Bukan satu tapi hampir keseluruhan tentatif diubah tanpa pengetahuan protokol. Bila ditanya, "Ehhh, ikut jak bila diumumkan." Aku disuruh untuk men"smooth"kan flow program tapi HOW? 

   Kesimpulannya, aku GAGAL untuk menjadi AJK protokol walaupun untuk seminit. Akibatnya, aku letih tanpa sebab. Dah lah tak sempat nak bergambar kecuali untuk the very last minute :(

To be continue...