credit : Facebook
Showing posts with label kehilangan. Show all posts
Showing posts with label kehilangan. Show all posts
Tuesday, July 17, 2012
Wordless Wednesday : Self-Respect
Labels:
kehilangan
Saturday, June 30, 2012
Too much for you
Rasa dipergunakan, tapi kenapa biarkan? Sebab musabab? Sebab rasa berkawan ada? So, sukahati la nak rasa dipergunakan? Wahhh, boleh tahan kau. Relaks bila dipergunakan. Bukannya apa, sedih tengok kau sakit dipergunakan oleh kawan sendiri. Kawan ke tu? Pasti, itu kawan? Kau ada untuk dorang, tapi dorang ada untuk kau? Dah bahagia, kau tengok lah sendiri. Ada dorang peduli kau? Kau jugak yg jalan sorang sorang. Konon dorang nak mintak tolong, last last kau dah macam kuli pulak aku tengok. Ke sana ke sini kau ikut dorang, lepas tu kau dorang tinggalkan kat belakang bila dah dapat apa yg dorang nak. Kau tak rasa sakit ke? Ke aku yg rasa bagi pihak kau? Untung laa kau sebab keras, kan? Even sekarang pun, dorang bukannya dengan kau. Sedih macam mana pun kau, dorang tetap bahagia.
Why you stand alone so long, without any hesitation? Are they there for you? I wish they were.
Kalau aku salah faham, fikiran negatif sangat, salah kan aku yg bertahan untuk kau selama 19 tahun...
Labels:
kehilangan
Saturday, December 24, 2011
Surat Untuk Kamu
Dear Kamu,
Assalamualaikum,
Cinta dan sayang bukan bermakna akan mengekalkan pasangan itu untuk selama-lamanya. Jodoh kita belum diketahui. Sedangkan yang dah nikah pun boleh bercerai. kita sama belajar untuk setia dan bahagia. Tapi, sekarang kita perlu menerima keadaan sebenar yang tidak ingin melihat kita bersama. Kamu, bukan niat untuk meninggalkan kenangan kita sebelum ini. Segalanya berlaku atas keterpaksaan. Bukan kerana kamu, tetapi kerana sifatmu. Bukan tak suka, bukan tak sudi tetapi sifatmu agak tidak sesuai dengan kedudukan kamu yang hanya sebagai seorang kekasih. Lagipun, mama agak tidak menyukai jika anaknya ini berkasih sayang dengan seseorang yang bukan muhrim.
Kamu, tujuan sebenar kita perlu berpisah bukanlah hanya semata-mata kehendak mama. Tidak perlu diperkatakan segala sebab musabab kita perlu berpisah di sini. Yang penting, kita perlu saling muhasabah diri dan menilai kesilapan yang mungkin telah kita lakukan. Bukankah kita beragama Islam yang tidak menggalakkan pergaulan yang terlalu bebas? Mungkin kita merasakan cara kita bukanlah bebas seperti pasangan yang lain, tetapi bukankah keluar bersama walaupun hanya makan bersama turut mengundang persepsi yang kurang enak didengari daripada masyarakat?
Kamu, eloklah kita menunggu dan menanti saat yang sempurna untuk bersama kembali. Mungkin nanti sebagai suami isteri yang sah, yang direstui keluarga. Dan yang paling penting, direstui Allah.
Kamu, sehingga kini kita masih belum mengetahui jodoh kita, adakah bersama ataupun tidak. Apa pun jawapannya, terimalah seadanya. Redha dengan ketentuan-Nya. Segala yang telah ditentukan adalah yang terbaik buat kita.
Kamu, hiduplah dengan bahagia :)
Labels:
kehilangan,
love,
memories
Tuesday, December 20, 2011
hidup perlu diteruskan :)
assalamualaikum :)
agak kesibukan sekarang jadi susah sangat nak hapdet blog ni. berhabuk kemain lagi. hmmphh. sibuk apa jugak eh? hairan. setakat student pun dah sibuk memanjang. hmpph. sibuk study, sibuk makan, sibuk tidur. semuanya sebab tidur hampir tak cukup, makan kurang, study tak terkejar. atas alasan tu hari makin hari sibuk.
arin dah sem 4 sekarang. so, tinggal 2 sem lagi. bermakna arin akan mendapat Diploma tahun 2013. hmpph, baru diploma. panjang lagi perjalanan. ada setahun lagi nak capai Diploma tu. masuk Degree lagi. then, kerja sambil sambung study. hmpph. arin memang dah rancang pathway untuk arin selepas ni. hidup perlu ada perancangan kan?
2012, tinggal 10 hari lagi. dan pengalaman baru menanti arin. dugaan, cabaran dan semuanya serba baru. tapi tetap arin yang berwajah "muda" dan bersemangat. yela, remaining semester berangan nak dapat 4.00. boleh kan?
I MUST GET IT :)
p/s : kenapa sekarang macam rasa kehilangan? =="
p/s : kenapa sekarang macam rasa kehilangan? =="
Labels:
kehilangan,
study
Subscribe to:
Posts (Atom)
