Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Triple busy-ness of the week : Part 3

Assalamualaikum.

Final exam. Final exam ! Yeayyy. Cuti. Wuhuu :)

3. Language Carnival
    Wuhuu! Yang projek ni aku berjaya. Aku berjaya melatih junior-junior aku untuk menguruskan satu aktiviti yg agak besar. Sambutan yg diberikan pun agak menggalakkan. Semua aktiviti ada participant. Nampaknya lebih senang berurusan dengan junior yg bukan sama course berbanding dengan orang-orang yg sama course. Hmph, malas nak komen lebih. Yang paling penting, aku dapat berkenalan dengan kawan baru walaupun muda 2 tahun. Hehe. Aku dapat menguruskan projek ni walaupun pada masa yg sama perlu menjadi AJK untuk projek lain dan aku ada presentation ENT300 dalam waktu yg sama. Wahhh!

p/s : Pengalaman berharga buat aku :)

Monday, September 17, 2012

Triple busy-ness of the week : Part 1

Assalamualaikum :)

Akhirnya, bangun daripada pengsan 2 hari. Over-worked body, doktor cakap. Haish, 3 projek untuk diuruskan dalam masa 2 hari. How come? Btw, kepada semua individu-individu yang terlibat, terima kasih berjuta yg mampu diberikan buat masa ni. Okay?

1. Majlis Aspirasi Kecemerlangan 
    Nak kata satu kejayaan, agak boleh la dikatakan kejayaan. Tetapi, sebagai AJK Protokol, tambahan pula seorang ketua, aku rasa ini bukan suatu kejayaan untuk aku. Why? First masalah, tengah hari, aku baru dapat tahu yg hanya 6 orang daripada 11 orang AJK sahaja yg pergi menggunakan van ke hotel sedangkan yg berjanji nak pergi awal ada 11. Lebih teruk, bayaran yg ditetapkan dan perlu dibayar adalah mengikut 11 orang. Yang lebih menyakitkan kepala apabila yg berjanji tersebut merupakan AJK Protokol, which means someone that is under me. Hmm. Sesampainya aku kat hotel, sekali lagi terkejut yg MC belum tahu flow tentatif. How come? Aku bagi senarai updated tentatif hari rabu, 2 hari advance daripada tarikh sebenar. Masih mampu bersabar. Then, waktu yg sama AJK Hadiah call dan cakap yg senarai nama anugerah dekan tinggal di kolej. Aku dengan muka yg slamber masih mampu tersenyum. Tapi, apa-apa aral melintang petang tu aku dapat uruskan dalam masa yg ada. So, it's not a problem now. 

   Tup tup, sedang aku ditinggalkan keseorangan di ballroom, manager datang dengan muka yg susah sangat ke nak senyum terus bertanya, "Where Miss Dayang? I'm waiting for her for 3 hours. Where's her assistant?". Seriously, boleh tak senyum? Dalam hati aku, "Where is he?!!!!!!". At last, aku jugak yg kena dengar manager tu membebel. Aku jugak yg perlu decide apa yg terjadi malam nanti tanpa pengetahuan ketua projek. Rasa nak nangis pun ada sebab time tu seriously aku decide sendiri. I'm so sorry everyone. Aku call ketua projek and she's approving my decision since her REAL assistant is not there with me. Yang buat aku rasa nak meletup waktu tu apabila dapat tahu yg REAL assistant tu ada kat hotel tersebut, tetapi kedudukan sebenarnya belum diketahui. Sesampai je the assistant depan muka aku, terus aku explain apa yg perlu dia tahu. Seriously, waktu tu aku rasa macam nak lempang je muka dia sebab boleh lagi ketawa n bergurau dengan kawan sebelah menyebelah. Really doesn't take this as a serious matter. 

   Okay laa, banyak sangat masalah yg berlaku sebelum aktiviti. Waktu aktiviti pulak, bas terlewat sampai hampir sejam daripada masa sebenar. The worst thing ever happen was our VVIP, Prof Madya Wan Akil Tuanku Abdullah arrived bofore the students. Masih mampu mengawal keadaan sebab some lecturers dah datang. Yang paling mengejutkan bila some of the AJK menyalahkan protokol atas kelewatan. What? Aku bukan uruskan bas, tapi AJK Tugas Khas. Lagipun, AJK yg ikut bas semua cakap ramai pelajar yg lewat berkumpul menyebabkan bas lewat berangkat. Salah aku jugak ka student lambat? Student yg lambat bukan aku. Even aku hanya mengambil masa selama 15 minit untuk bersiap semata-mata perlu uruskan kerja yg sepatutnya bukan aku yg buat. Okay, aku masih cool. 

   At least, P.M Wan Akil was not really mad. Tapi aku masih kehairanan, sejak bila pulak masa jemputan untuk VVIP dan pelajar adalah sama? At least la kan, VVIP punya masa 15 minit lewat. Ni tak, sama dengan student. See, dah nampak kesalahan someone situ. Aku dah cakap awal-awal, tp at last aku yg kena marah. I'm NOT the one who invited VVIP! Okay, student sampai, aku terus bagi tempat duduk. Tapi yg menyebabkan aku terasa sekali lagi bila student melebihi yg sepatutnya sehingga AJK tak cukup tempat duduk. How come? Yg sepatutnya adalah 184, tapi yg datang 189. 5 orang lebih pun dah cukup untuk membuat aku kelam kabut malam tu. Okay, settle jugak la masalah walaupun AJK terpaksa makan berganti.

   Pasal tentatif pulak. Aku seriously rasa dipermainkan. Sepatutnya, apa yg ada di dalam tentatif, yg itu la flow untuk MC. Rasa diperbodohkan apabila aku panggil orang untuk naik ke pentas tapi bukan pada masanya. Dah laa 3 kali panggil, 3 kali jugak tak jadi. Sepatutnya, flow MC mengikut protokol. Bukan protokol mengikut MC. Serius rasa macam dipermainkan. Bukan satu tapi hampir keseluruhan tentatif diubah tanpa pengetahuan protokol. Bila ditanya, "Ehhh, ikut jak bila diumumkan." Aku disuruh untuk men"smooth"kan flow program tapi HOW? 

   Kesimpulannya, aku GAGAL untuk menjadi AJK protokol walaupun untuk seminit. Akibatnya, aku letih tanpa sebab. Dah lah tak sempat nak bergambar kecuali untuk the very last minute :(

To be continue...

Saturday, February 18, 2012

keep holding on


You're not alone, together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold and it feels like the end
There's no place to go, you know I won't give in
No, I won't give in

Keep holding on

Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
Cause you know I'm here for you, I'm here for you

There's nothing you could say, nothing you could do

There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
Cause you know we'll make it through, we'll make it through

So far away, I wish you were here

Before it's too late this could all disappear
Before the doors closed and it comes to an end
With you by my side
 I will fight and defend
I'll fight and defend, yeah, yeah

Hear me when I say 
when I say I believe

Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever is meant to be will work out perfectly


p/s : arina, keep holding on :)

Saturday, December 24, 2011

Surat Untuk Kamu

Dear Kamu,

Assalamualaikum,

Cinta dan sayang bukan bermakna akan mengekalkan pasangan itu untuk selama-lamanya. Jodoh kita belum diketahui. Sedangkan yang dah nikah pun boleh bercerai. kita sama belajar untuk setia dan bahagia. Tapi, sekarang kita perlu menerima keadaan sebenar yang tidak ingin melihat kita bersama. Kamu, bukan niat untuk meninggalkan kenangan kita sebelum ini. Segalanya berlaku atas keterpaksaan. Bukan kerana kamu, tetapi kerana sifatmu. Bukan tak suka, bukan tak sudi tetapi sifatmu agak tidak sesuai dengan kedudukan kamu yang hanya sebagai seorang kekasih. Lagipun, mama agak tidak menyukai jika anaknya ini berkasih sayang dengan seseorang yang bukan muhrim. 

Kamu, tujuan sebenar kita perlu berpisah bukanlah hanya semata-mata kehendak mama. Tidak perlu diperkatakan segala sebab musabab kita perlu berpisah di sini. Yang penting, kita perlu saling muhasabah diri dan menilai kesilapan yang mungkin telah kita lakukan. Bukankah kita beragama Islam yang tidak menggalakkan pergaulan yang terlalu bebas? Mungkin kita merasakan cara kita bukanlah bebas seperti pasangan yang lain, tetapi bukankah keluar bersama walaupun hanya makan bersama turut mengundang persepsi yang kurang enak didengari daripada masyarakat? 

Kamu, eloklah kita menunggu dan menanti saat yang sempurna untuk bersama kembali. Mungkin nanti sebagai suami isteri yang sah, yang direstui keluarga. Dan yang paling penting, direstui Allah. 

Kamu, sehingga kini kita masih belum mengetahui jodoh kita, adakah bersama ataupun tidak. Apa pun jawapannya, terimalah seadanya. Redha dengan ketentuan-Nya. Segala yang telah ditentukan adalah yang terbaik buat kita.

Kamu, hiduplah dengan bahagia :)

Wednesday, November 16, 2011

i can never change who i am inside

assalamualaikum :)

tadi terjumpa dengan salah seorang cikgu yang dah lama tak jumpa kat salah satu supermarket di sini. cikgu sekolah dulu. cikgu waktu tingkatan 1. beliau memang mengajar waktu tingkatan 1 je, hujung tahun 2005 tu pindah ke kidurong. so, setahun je bersama. so, arin tegur je la. yela kan. dah cikgu tu, takkan nak lupakan. pernah bagi ilmu dan nasihat yang sangat berguna dulu walaupun sekejap. 

bila arin tegur tu, dah expect dah dia takkan kenal. sebab? dia cakap, arin banyak berubah. makin muslimah sikit la rupa, dan paling penting dia cakap makin tinggi dan ayu. perghh, aku ayu kot :p

lepas tu, adik arin yang nakal tu pergi jatuhkan barang kat kaunter. nasib baik tak pecah barang tu. apa lagi, arin yg kurang penyabar ni bagi la sikit penangan kat tangan adik sambil membebel. 

dengan slamber cikgu tu cakap kat arin, "Ingatkan ayu ayu ni dah tak kasar lagi, rupanya masih gadis hensem. belum berubah perangai sebenar. haish."

perghh, arin tergamam sekejap. hehe. yela, dulu pernah jugak berperang mulut dengan cikgu ni sebab benda remeh. arin kan ego. tapi, arin bukan gadis hensem ye. arin jenis orang yg suka mempertahankan hak dan pendapat sendiri, kecuali kalau pendapat tu memang sah-sah salah :)

jawapan arin kat cikgu tu, "hm, berubah penampilan tak semestinya merubah peribadi dalaman seseorang :)"


hahh! ni lah adik yg nakal tu. gigit baru tau :)

dear YOU,You can change your hair. Your clothes. Your name. But  you can never change who you are inside .