Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Sekian Lama

Assalamualaikum.

Hehe. Tetiba tengah malam ni rasa nak melayan jiwang jap. Erhemmm. Lagu ni memang kena la dengan aku. Eh eh eh, malam ni je k? Malam ni saja! :)

Sekian Lama - Datuk Siti Nurhaliza :)

Dialah pujaan dalam mimpi
Yang senantiasa membuai hati
Tiap kali bersua
Ku hanya mampu senyum padanya
Ku terdiam

Sekian lama ku mencuba
Takku lafazkan perasaan
Berkubur saja
Namun dia ku cinta

Apa yang harus aku lakukan
Agar dia pun mengerti
Adanya cinta menanti
Oh sekian lama
Aku mencintai dia

Sukarnya membutir kata-kata
Menilai apa yang aku rasa
Tiap kali ku cuba
Lidah kelu dari bersuara
Ku berserah 

Saturday, February 18, 2012

keep holding on


You're not alone, together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold and it feels like the end
There's no place to go, you know I won't give in
No, I won't give in

Keep holding on

Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
Cause you know I'm here for you, I'm here for you

There's nothing you could say, nothing you could do

There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
Cause you know we'll make it through, we'll make it through

So far away, I wish you were here

Before it's too late this could all disappear
Before the doors closed and it comes to an end
With you by my side
 I will fight and defend
I'll fight and defend, yeah, yeah

Hear me when I say 
when I say I believe

Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever is meant to be will work out perfectly


p/s : arina, keep holding on :)

Saturday, December 24, 2011

Surat Untuk Kamu

Dear Kamu,

Assalamualaikum,

Cinta dan sayang bukan bermakna akan mengekalkan pasangan itu untuk selama-lamanya. Jodoh kita belum diketahui. Sedangkan yang dah nikah pun boleh bercerai. kita sama belajar untuk setia dan bahagia. Tapi, sekarang kita perlu menerima keadaan sebenar yang tidak ingin melihat kita bersama. Kamu, bukan niat untuk meninggalkan kenangan kita sebelum ini. Segalanya berlaku atas keterpaksaan. Bukan kerana kamu, tetapi kerana sifatmu. Bukan tak suka, bukan tak sudi tetapi sifatmu agak tidak sesuai dengan kedudukan kamu yang hanya sebagai seorang kekasih. Lagipun, mama agak tidak menyukai jika anaknya ini berkasih sayang dengan seseorang yang bukan muhrim. 

Kamu, tujuan sebenar kita perlu berpisah bukanlah hanya semata-mata kehendak mama. Tidak perlu diperkatakan segala sebab musabab kita perlu berpisah di sini. Yang penting, kita perlu saling muhasabah diri dan menilai kesilapan yang mungkin telah kita lakukan. Bukankah kita beragama Islam yang tidak menggalakkan pergaulan yang terlalu bebas? Mungkin kita merasakan cara kita bukanlah bebas seperti pasangan yang lain, tetapi bukankah keluar bersama walaupun hanya makan bersama turut mengundang persepsi yang kurang enak didengari daripada masyarakat? 

Kamu, eloklah kita menunggu dan menanti saat yang sempurna untuk bersama kembali. Mungkin nanti sebagai suami isteri yang sah, yang direstui keluarga. Dan yang paling penting, direstui Allah. 

Kamu, sehingga kini kita masih belum mengetahui jodoh kita, adakah bersama ataupun tidak. Apa pun jawapannya, terimalah seadanya. Redha dengan ketentuan-Nya. Segala yang telah ditentukan adalah yang terbaik buat kita.

Kamu, hiduplah dengan bahagia :)

Sunday, August 14, 2011

sekali cinta, aku tetap cinta

assalamualaikum :)

sekali cinta, aku tetap cinta? why? ni selalu perempuan punya ayat ni. tak boleh blah langsung. *sebab arin tak pernah cakap :)



so, sape in love? yerdehhhh, takde yg mengaku la kan? tipu korang. tipu tipu tipu :) okayyy, takpe laa. sebenarnya, arin nak kongsi satu lagi cerita hari ni. 


arin ada seorang kenalan ni. perempuan la. dia ni memang kategori cantik yang teramat. manis dipandang :) arin pun suka tengok muka dia nie. dan bila dah cantik nie, konfrem sangat la banyak peminat kan? memang la, dia nie banyak sangat peminat. tapi, bila dah banyak peminat nie, jangan la semua nak di kebas. pastu permainkan perasaan lelaki ni. 


selalu sangatkan, orang kata yg lelaki ni heart breaker. actually, perempuan ni adalah kategori heart breaker yg sangat digeruni. seriously, memang betul. sebab lelaki yg betul betul setia pada yg satu, sukar sangat nak melupakan perempuan yg dia sayangi nie. 


kenalan arin nie, dia pernah hangat bercinta kat U nie, sampai tak hengat dunia. tapi dalam masa yg sama, dia banyak pasang kat luar. awal sem nie, dorang tu break up. clash forever kot. dan yg menyedihkan, lelaki tu macam tak dapat terima kenyataan. lebih lebih lagi, sejam selepas officially clash tu, kenalan arin nie dah ada pengganti. ye la, orang femes, banyak peminat, cepat je cari pengganti. 


sekarang nie, dia bercinta dengan seorang budak lain. tapi, dia ada jugak la skandal. sampai 3 orang. semua ada sebab tersendiri. untuk kebaikan dia sendiri, dia yg cakap laa. tolong laaaa, arin sebagai seorang perempuan pun turut sedih tau tengok lelaki yg dia permainkan nie. kemain lagi dok jaja I LOVE YOU, SAYANG AWAK setiap hari, tapi semua hanya mainan. bagi orang yg betul betul menghargai hidup dan cinta tu, perkataan tu bukan mainan tau? 


arin dah pernah tegur, dah pernah tanya kenapa dia buat macam tu. dia pulak dengan selamber je jawab, "alaaa main main pun tak boleh ke?".
sayang, nanti kalau lelaki yg awak betul betul sayang dan ambil berat buat awak macam tu, awak nak ke? nie soalan tau :)


p/s : apa pa pun, cinta teragung jangan dilupakan. cinta seorang pencipta kepada hambaNya. jangan pernah tinggalkan cinta sejati kita, Allah SWT dan Rasulullah :)


Friday, August 12, 2011

puasa di rantauan :)

assalamualaikum :)

hehe. dah dua minggu puasa la sayang. dah dua minggu berbuka puasa sorang je. sebab roomate sentiasa takde. sedih laa kan aku ni? haha. senyum je. tak perlu sangat dengan orang, yang penting puasa :)

kalau berbuka tak berorang memang aku tak kisah. tapi, kalau dah berbuka puasa teringat family, ni buat air mata aku susah nak ditahan. haha. lucu laa kau arin. tapi ni betul laa. aku memang sensitif banyak sikit tentang family ni :) hehe. paling aku rindu memang la mama. wehhh, rindu setengah mati kot.

tapi, puasa kat mana mana pun sama actually, cuma terbawa pulak dengan perasaan cinta yang terlampau kat mama :) mama, love you muahh muahh. hehe. tapi kan, raya nanti boleh melepak dengan mama puas puas. yahooo !

p/s : am I falling in love ? :)

Saturday, July 30, 2011

beribu sesalan

assalamualaikum :)

how are you, world? dah lama tak berjumpa kan? hehe. sekarang nie, kat UiTM Samarahan banyak sangat kisah orang bergaduh. tak tau nape jadi macam nie. memang musim bergaduh yer? kalau macam tu, tolong la cepat bulan ramadhan. supaya dorang segan nak bergaduh lagi. nanti jadi macam-macam, menyesal tak sudah :)

p/s : miss my family so muchyyy~

Saturday, July 23, 2011

hi mom, thanks a lot :)

assalamualaikum :)


ee seriously, muka i lucu :)
mama, muka ni untuk you. hahaha. takda laa.
ni nak kongsi sikit, hari ni i pegi miri dengan mama. berdua je. sebab pergi balik sehari je. mama nak pegi shopping beli kasut untuk dia pegi mengajar. so, nak minta i yg pilihkan la. sebab tu i pegi jugak. haha. mama cakap mata i bila tengok barang memang first class. bangga la :)
bab pilih memilih ni memang i pakar. bidang yg dari dulu i ceburi. so, kami pegi la dalam pukul 6 pagi. mama ada kuliah pukul 8 hingga la 11 pagi. lepas tu tetiba mama tanya i nak tak beli skirt yg i cakap cantik dulu. i senyum je la. ingat main-main tapi betul-betul rupanya. mama belikan jugak. bahagia hidup i :)
pastu pegi la kat parkson. ada la sale sikit walaupun tak banyak. haha. i pegi la pilih sandal untuk mama. dan dia suka :)
tetiba lagi mama tanya, "taknak beli selipar ke? selipar puteh tu cantik". wahhh, durian runtoh i hari ni. so, i ambil la selipar puteh tu. cantik sangat sebab mama pilih :)
jalan punya jalan, terserempak dengan beg domo-kun yg i memang nak dari dulu hingga sekarang. i acah je minta daripada mama tapi surprisingly mama cakap YES :) wahhh, memang bahagia la hari ni. walaupun mama cakap tu hadiah birthday. takpe laa, birthday pun tak sambut dengan family lagi tahun nie. sedih laa.

btw, mama ! thanks, love you xoxo :)

p/s : lagu daripada 4 minute "making love" best 5 star !
nak dengar? klik sini !

Monday, May 23, 2011

people do in love

Assalamualaikum :)



 Nahhh, semua nak in love sekarang. Huhu. Aku tak aku tak ! :)
Seriously tak. Huhu. 
Tapi sekarang ni aku tengok makin galak pulak adik-adik aku kat sekolah tu nak bercinta.
Aduhhh sayang jangan laa oii. Tak baek tahap tak selamat kalau bercinta umur baru nak masuk remaja tu. Betul tak tipu ni. Apa yg korang dapat daripada bercinta tu?
Aku yg dah masuk atas daripada sekolah menengah pun masih belum bercinta. Ehhh? Yeke? Hehe, seriously. Aku belum pernah bercinta. Kawan selalu tanya, tak teringin ke nak bercinta. Huhhh, tak tersampai lagi hati ni kat jantung nak berkapel kepal kapal ni. 
Nak kata takda yg nak, huhhh berlambak. Huhu. Tak la berlambak tapi ada la satu dua yg menyatakan hasrat nak kapel mapel ni. Aku tolak dengan kejamnya :)

Ada satu kisah yg aku tau dan alami sendiri. Bukan aku yg alami tapi kawan yg kira rapat la. Dia ni bercinta bagai nak runtuh langit tu. Tak hengat orang lain. Bayangkan laa, dari form 2 sampai la form 5. Form 3 ada clash kejap pastu sambung balik. Tapi sebab clash tu, result PMR jadi teruk. Eee, ngeri jugak la tengok sebab dia ni salah seorang bakal straight A. Cikgu yg tak pernah ajar pun terkejut sampai beruk belakang sekolah pun kejut jugak. Apatah lagi yg mengajar. Ni semua sebab cinta tak hengat dia tu la. Then form 5, clash lagi. Ni clash untuk selama-lamanya kot. Sebab sampai sekarang dah yg laki tu bercinta dengan orang lain. Dah la clash time SPM. Mana tak gila kawan aku tu. Nangis punya nangis sampai tak hengat nak masuk bilik peperiksaan. Nasib baik la aku sedar dia ni tak ada. Keluar result, nahhh hambek laa kau. Aku bukan marah tapi memang dari sekolah lagi aku tak berapa setuju orang bercinta melebih sangat ni.

Aku tak larang adik-adik aku bercinta tapi hengat la sikit kat mak bapak. Dorang hantar korang ke sekolah bukan nak cari jodoh tapi cari pengetahuan. Cari ilmu, cari pengalaman. Tu lebih penting. Aku bagi nasihat pun sebab ada adik yg masih sekolah. Malah ada 5 semuanya. Aduhhh, memang teruk la. Tambahan pulak sekarang ni zaman kemain lagi budaknya bercinta sakan tak hengat kiamat. Kang runtuh langit tu aku tak tau. Nasihat ni pun aku tujukan kat diri sendiri jugak.

Tapi, kalau korang dah bercinta dari sekolah dan sekarang dah nak nikah dah pun, aku ucapkan tahniah. Dan selamat pengantin baru :)
Daripada bercinta, baik kahwin terus. Lagi selamat dunia akhirat. Bina masjid untuk kebahagiaan sendiri yg diredhai Allah. Alhamdulillah la :)

Apa apa pun, senyum je selalu. Jangan lupa, setiap yg terjadi ada hikmahnya :)