Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Triple busy-ness of the week : Part 2

Assalamualaikum.

Seminggu tak update menandakan ke-busy-an masih menghantui. Sekarang memang busy nak final exam. Huh. Nervous! Tapi, tak menjadi masalah besar utk menghadapi final exam. Tak sabar rasanya nak habis sem 5. Sem depan dah menjadi sem terakhir di UiTM Sarawak. InsyaAllah, kalau takda aral melintang. Berharap sangat graduate on time :)

2. Assignment ENT300
    Perlu buat business plan. Senang ke? Bagi aku agak senang la sebab pernah buat sebelum ni. Format nak buat plan memang dah tahu. Tapi, business plan untuk subject ni memang agak berlainan daripada business plan sebenar. Aku jadi General Manager, so act like a real leader la dalam group. Kerja ni agak senang sebab ahli kumpulan memberi yang terbaik walaupun ada segelintir perkara yg seriously menjatuhkan maruah aku sebagai seorang ketua. Bukan nak membangga diri tapi aku memang dah di latih untuk membuat business plan sebelum ni walaupun berkaitan dengan construction path. Aku dah buat yg terbaik untuk mengikut format sebenar business plan, namun sentaisa ada pertikaian. Yg paling menyakitkan dan mencabar aku bila ada certain manusia yg mengatakan aku buat dengan cara yg salah dan ayat aku banyak grammatical error. Okayyy, aku accept semua yg diperkatakan. Hmph, apa apa jeeeee laaaa :)

p/s : Harap business plan dapat markah yg memuaskan.

Monday, January 9, 2012

game over

assalamualaikum :)

blog berdebu tolong! yeahhh *dushh shuuuu*
hahhh, dah bersih pun.

game over? maksud? i akan game over next week. 3 test, 2 quiz. memang GAME OVER =="

isnin (16.01.2012) : quiz CSC134
selasa (17.01.2012) : test PHY250 & quiz QMT245
jumaat (20.01.2012) : test CHM257

test QMT245 next week but not decided yet. hmmpphh. nasib badan. nama pun student kan? busy? takkan la tiap kali update blog nak cakap busy busy, basi laa :)

p/s : there's never right time to say goodbye :)

Tuesday, December 20, 2011

hidup perlu diteruskan :)

assalamualaikum :)

agak kesibukan sekarang jadi susah sangat nak hapdet blog ni. berhabuk kemain lagi. hmmphh. sibuk apa jugak eh? hairan. setakat student pun dah sibuk memanjang. hmpph. sibuk study, sibuk makan, sibuk tidur. semuanya sebab tidur hampir tak cukup, makan kurang, study tak terkejar. atas alasan tu hari makin hari sibuk. 

arin dah sem 4 sekarang. so, tinggal 2 sem lagi. bermakna arin akan mendapat Diploma tahun 2013. hmpph, baru diploma. panjang lagi perjalanan. ada setahun lagi nak capai Diploma tu. masuk Degree lagi. then, kerja sambil sambung study. hmpph. arin memang dah rancang pathway untuk arin selepas  ni. hidup perlu ada perancangan kan?

2012, tinggal 10 hari lagi. dan pengalaman baru menanti arin. dugaan, cabaran dan semuanya serba baru. tapi tetap arin yang berwajah "muda" dan bersemangat. yela, remaining semester berangan nak dapat 4.00. boleh kan? 
I MUST GET IT :)


p/s : kenapa sekarang macam rasa kehilangan? =="

Friday, December 9, 2011

busy memanjang

Assalamualaikum :)

Dah lama tak update blog. Seriously busy sampai tak hengat dunia bila dah masuk sem baru ni. Hidup sebagai student, walaupun nampak macam simple tapi sebenarnya penuh dengan dugaan. Kalau la jadi student ni just duduk menghadap buku, memang la bahagia. Tapi disebabkan tanggungjawab sebagai anak dan juga remaja perlu dipikul sekali, terasa macam 24 jam tak cukup untuk sehari. Sibuk macam mana pun, arin tak la rasa beban. Malah bahagia sangat dapat peluang menjadi student yang mempunyai tanggungjawab bukan sekadar belajar semata. 

Arin sekarang pegang jawatan sebagai setiausaha Kelab Bahasa (Language Society) kat UiTM ni. Banyak la jugak kerja sebab arin perlu buat surat itu ini untuk setiap aktiviti yang dibuat. Tambahan lagi arin merupakan AJK Blok Kolej Seri Gading 2 sebagai AJK Aduan. Haha. Lucu la nama jawatan ni. Aduan la pulak. 

Paling yang tak boleh blah tu, pernah sekali adik-adik bagi aduan tentang masalah cinta dorang. Maybe dorang fikir muka arin ni macam doctor pakar cinta kot. Bercinta pun tak pernah, nak bagi nasihat dengan orang pulak. Hm, tapi arin banyak buat pemerhatian *macam eksperimen pulak*. Arin banyak perhatikan budak-budak zaman sekarang bila bercinta. Memang la boleh tahan. Semua nak jadi macam belangkas, berkepit 24/7. Tak kisah la, hidup dorang. Tapi yang tak boleh terima tu, bila dah clash, hmpphhhhh. Toksah cakap la. Memang la melampau, sampai satu dunia boleh tahu. Selalunya ni berlaku kat couple yang asyik berkepit tu la. Hmppphhhh ==”

Arin pandai melelat pulak kat kes cintan cintun ni. Salah topic. Lepas ni, arin nak buat entry lain. Nak sambung challenge yg dah lama ditinggalkan. Yela, arin jarang online sekarang. Online pun nak hantar assignment. Cari maklumat. Facebook pun dah tak bukak, apatah lagi blog. Hmppphhh, baru arin teringat. Ada satu course baru yang arin ambil sem ni, CSC134 : Computer And Information Processing. Nampak boring tapi senang pulak nak buat. Yela, kerja senang semua arin cakap boring bosan dan sewaktu dengan nya. Hmppphh, sebenarnya arin ada assignment bagi course ni. Individual assignment, iaitu create my own blog. Mula-mula dulu arin dah tanya, boleh tak guna blog ni. Tapi lecturer tu cakap tak boleh. Kena buat baru L sedih nyewwww *ewww*

Macam mana pun, arin tak kisah la. Arin tetap nak buat, nak belajar dan nak terus berusaha. Hmphhhh, arin nak dapat 4.00 untuk GPA sem 4 ni. Chaiyok! Hwaiting :)

p/s : dah nak masuk minggu ke-4 kuliah. Bermakna ada 10 minggu lagi sebelum final exam. Cepatnya masa berlalu ==”


Wednesday, July 27, 2011

final is around the corner

assalamualaikum :)

apa khabar kah orang yg jaoh di rantauan? ehh, jap la. aku yg kat rantau orang. hehe. ye laa, study. memang la kat rantauan. cakap pasal rantau, nampaknya puasa tahun nie kat rantauan lagi :')

sedar tak sedar, dah dua bulan aku belajar. bermakna "final is around the corner" !

exam exam exam exam :) 

wahhh ! love examsssssssssssssssssssss ! NOT :)

aku suka nak study tapi tak suka exam. cinta la sangat kat exam. menyampah laa nek oii. huhu. aku nak study je taknak exam. aku suka nak buat lab, study, presentation, cakap-cakap tapi exam? last choice of my life. yahhhh begitu aii sintakan exam itoo :)
macam mana punnnn, tetap kena study untuk exam. lepas tu, lupakan exam. tapi aku tak pernah lupa apa yg aku study sebelum nie. terutamanya MATH :) love math sesangat. 

btw, pasrah je la dengan final exam. chaiyok !

p/s : pssssssstttttttttt :p