Thursday, October 18, 2012

Keliru

Assalamualaikum :)

Wahhh, next sem sem terakhir sebagai pelajar Diploma, InsyaAllah. Keliru sikit. Bukan apa, keliru nak pilih apa untuk sambung study. Hm, result sem ni pun belum keluar dah fikir pasal degree. Tapi, kalau tak fikir sekarang, bila lagi? Tahun depan? 2 hari sebelum masuk degree? Mustahil sangat. So, perlu la fikir dari sekarang. Di Bintulu sekarang ada satu investment besar daripada Jepun kat Shell MDS. Memang dorang perlukan lulusan Mechanical Eng, and something from School of Chemistry. Baru malam tadi jugak tengok berita pasal projek at Kerteh. Dorang perlukan lulusan daripada Applied Chemistry, Bio-Chemistry and Engineering. Kalau Applied Chemistry, senang sikit nak mintak sebab memang sama fakulti. Kalau diikutkan, minat lebih kepada Mechanical. Cuma waktu memohon diploma, tak dapat la pulak. Sedih! Takpa, apply 3 pilihan tu, then mana-mana yg terpilih, kat situ la kerjaya :)

p/s : Macam mana nak masuk alam pekerjaan tetap ni? Neves! Kerja main main boleh laa :p

Tuesday, October 16, 2012

Move On, Girl !

Assalamualaikum.

Wuhuu, berita baik berita baik. Next sem tak dapat kolej so menyewa. Duduk luar walaupun tak tahu lagi dengan siapa di mana bagaimana. Huh!

Okayyy, takyah fikir pasal kolej. Buat migrain kepala. 


Selepas fikir masak-masak sampai hampir nak hangus, aku rasa "time is now" bak kata Yoo Jae Suk. Haha. Okay, aku lepaskan semuanya. Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama. Yerrr, apa kaitan dengan bersama? Bak kata mak, "Aiehehhhh, MOVE ON, MY GIRL !". Okay mum, I'll do it. Ehh no no. Okay mum, I'm doing it, starting from now :)

p/s : Kacak gambar kitak tek jang. Terpegun melihatnya. Semoga berbahagia. Haha

Sunday, September 30, 2012

Terima kasih

Assalamualaikum :)

Pendapat : 
Jangan nak perhebahkan aib orang lain walaupun itu merupakan suatu kebenaran. Mana tau, orang tu dah insaf dan memang dah bertaubat nasuha. Mana tau kan? Kan memang kita diharamkan untuk mengaibkan orang? So, kenapa perlu persoalkan masa lampau seseorang yg mengaibkan? Kadang-kadang masa lampau tu merupakan sesuatu yg boleh menghantui hidup nya. Apa salahnya kita beri semangat kat orang tu daripada mempersoalkan kehidupan lamanya. Kalau tak tahu nak cakap apa, diam je la. Jangan nak berbicara kalau memang nak bangkitkan sesuatu yg tak penting. Hidup sendiri perlu dijaga sebelum kacau hidup orang lain. Nak tengok aib orang lain, nak cari salah, nak fikir kesilapan orang. Tolonglah, mustahil seseorang tu tak pernah buat baik. 

Betul la kata pujangga. Yerrr pujangga :p

"People always forget when someone did right but people always remember when someone did wrong"

p/s : So, jangan buka atau cerita aib orang walaupun kita tahu. Thanks :)

Thursday, September 27, 2012

Sekian Lama

Assalamualaikum.

Hehe. Tetiba tengah malam ni rasa nak melayan jiwang jap. Erhemmm. Lagu ni memang kena la dengan aku. Eh eh eh, malam ni je k? Malam ni saja! :)

Sekian Lama - Datuk Siti Nurhaliza :)

Dialah pujaan dalam mimpi
Yang senantiasa membuai hati
Tiap kali bersua
Ku hanya mampu senyum padanya
Ku terdiam

Sekian lama ku mencuba
Takku lafazkan perasaan
Berkubur saja
Namun dia ku cinta

Apa yang harus aku lakukan
Agar dia pun mengerti
Adanya cinta menanti
Oh sekian lama
Aku mencintai dia

Sukarnya membutir kata-kata
Menilai apa yang aku rasa
Tiap kali ku cuba
Lidah kelu dari bersuara
Ku berserah